Wednesday 1 January 2020

Lawatan susulan Jingga13 Perlis kepada Sdr Anuar selepas terima katil mudah laras bersama wakil Ahli Parlimen Kangar

Selasa 31 Disember 2019 - Lawatan Susulan Jingga13 Perlis diketuai Koordinator Jingga13 Perlis Sdr Khairuddin bersama beberapa  Komrad Jingga 13 Perlis ke rumah pesakit telantar iaitu Sdr Anur@Anuar yang menghidap sakit kanser tulang dan buah pinggang, di Kampung Abi Behor Kebal, Jln Abi Batas Paip,Bintong,Perlis yang pernah dilaporkan  sebelum ini .





Lawatan ini susulan Sdr Anuar telah menerima sebuah katil mudah laras ( katil hospital ) oleh seorang penderma agar beliau dapat berbaring dengan lebih selesa .



Turut serta bersama pada lawatan tersebut Tuan Khizairi Khizan selaku Pengerusi Persatuan Muafakat Harapan Negeri Perlis, merangkap Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Kangar,  untuk melihat sendiri perkembangan pesakit tersebut. Beliau juga telah menyampaikan sumbangan ikhlas beliau kepada pesakit, beserta sedikit keperluan dapur.  


Sdr Anuar pada pada ketika ini berada dalam keadaan yang agak kurang memuaskan kerana rasa kesakitan yang beliau sendiri alami sekarang ini akan datang mnyerang beliau secara tidak menentu. 

Ahli keluarga Sdr Anuar berharap agar Jingga 13 Perlis dapat membantu mereka sewaktu dalam keadaan mereka amat memerlukan bantuan sepertimana sekarang ni.