Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia
15 Januari 2020
KESEDIAAN TUN DR MAHATHIR MELEPASKAN JAWATAN ADALAH BUKTI BELIAU NEGARAWAN SEJATI
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya serta-merta jika diminta berbuat demikian oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) adalah membuktikan beliau seorang yang tidak memungkiri janji dan merupakan negarawan sejati demi kecintaan beliau kepada negara .
Jingga13 Malaysia merakamkan rasa hormat dan terima kasih di atas kesediaan Tun Dr Mahathir yang bersedia untuk memastikan keputusan Konvensyen Pakatan Harapan yang telah dimeterai di IDCC Shah Alam tanggal 7 Januari 2018 direalisasikan di atas prinsip perpaduan Pakatan Harapan .
Sudah pasti kenyataan Tun Dr Mahathir tersebut disambut dengan hati yang terbuka dan menutup sebarang spekulasi yang cuba untuk membuat pelbagai persepsi dan andaian malah mengapi-apikan Pakatan Harapan agar dilihat berantakkan dalam isu tersebut sedangkan tempoh 2 tahun belum lagi berlaku .
Transisi kuasa ini sudah pasti akan memberikan impak yang positif antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 8 berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni dan sempurna agar negara akan terus dipacu dengan lebih cemerlang lagi setelah segala usaha bersungguh-sungguh oleh Tun Dr Mahathir membaiki negara yang telah dirosakkan oleh UMNO dan Barisan Nasional .
Jingga 13 Malaysia yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mampu meneruskan legasi Tun Dr Mahathir dan merealitikan agenda reformasi ke arah negara yang lebih terbilang serta menyempurnakan manifesto Pakatan Harapan {PH) , menjana ekonomi yang lebih mampan , menghapuskan rasuah dan penyelewengan dan membina kehidupan rakyat yang lebih baik terutama golongan B40 .
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang bakal bersidang diharapkan dapat menetapkan tarikh yang terbaik agar transisi ini berlangsung dalam suasana yang harmoni demi perpaduan dan penyatuan Pakatan Harapan . Sudah pasti rakyat ingin melihat transisi ini berlangsung dalam suasana yang sempurna . Tun Dr Mahathir akan disanjung selama-lamanya oleh rakyat Malaysia sebagai Negarawan Sejati .
Muafakat × Prihatin × Berani
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia