Monday, 13 January 2020

JINGGA13 DESAK KERAJAAN PH WAJIBKAN UJIAN SARINGAN DADAH KEPADA SEMUA PEGAWAI KERAJAAN LANTIKAN POLITIK

Kenyataan  Media
Jingga13 Malaysia

13 Januari 2020

JINGGA13 DESAK KERAJAAN PH WAJIBKAN UJIAN SARINGAN DADAH KEPADA SEMUA PEGAWAI KERAJAAN LANTIKAN POLITIK

Jingga13 Malaysia benar-benar rasa kecewa dengan  berita penangkapan oleh pihak polis pada 12 Januari 2020 melibatkan beberapa orang pegawai kerajaan lantikan politik di tangkap sewaktu mengadakan 'Private Party ' terlibat dengan najis dadah setelah di buat ujian saringan dadah oleh pihak polis.

Kejadian ini benar-benar memalukan dan mengecewakan kerana sewajarnya mereka adalah Pegawai Khas yang seharusnya mempunyai moral dan integriti yang tinggi , malah mungkin telah dikenalpasti moral dan akhlak mereka sebelum dilantik ke jawatan tersebut . Tetapi malangnya disebaliknya berlaku dan benar-benar mendukacitakan .

Justeru itu Jingga13 Malaysia mendesak Kerajaan PH mengambil tindakan positif dengan MEWAJIBKAN ujian saringan dadah kepada semua pegawai-pegawai lantikan politik samada di kementerian atau kerajaan negeri agar pegawai-pegawai yang dilantik adalah mereka yang benar-benar bebas daripada najis dadah serta mempunyai moral akhlak yang terpuji . 

Mana-mana Pegawai Kerajaan lantikan politik yang didapati positif dadah wajar dipecat dengan serta merta dan diambil tindakan undang-undang .

 Muafakat × Prihatin × Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia