Tuesday, 10 December 2019

Jingga13 Rescue Team Johor di Pusat Permindahan Sementara (PPS ) Kolej Vokasional Kota Tinggi , sedia bantu mangsa banjir

Hari ini Jingga13 RESCUE TEAM JOHOR  seramai 8 orang telah pergi melawat mangsa banjir di Kolej Vokosional Kota Tinggi. Seramai 526 mangsa ditempatkan di situ dengan dilengkapi kemudahan khemah daripada NADMA dan JKM.



Kami telah menawarkan khidmat sebagai team sukarela untuk membantu. NADMA amat gembira dengan kehadiran kami dan bersetuju berikan kerjasama.



Keadaan banjir ketika ini tidaklah membimbangkan kerana Pihak Kerajaan Negeri telah melakukan persiapan awal, jadi kami boleh membantu pasca banjir.



Mangsa banjir yang berkeadaan teruk atau mangsa uzur dan tidak mampu membersihkan rumah, NADMA menyarankan Jingga13 RESCUE TEAM turun membantu.




YB ADUN Johor Lama Tn Hj Rosleili Jauhri turut minta khidmat kami untuk membantu kerja kerja pembersihan rumah selepas banjir.