Thursday 26 December 2019

JINGGA13 MALAYSIA KECEWA DENGAN TINDAKAN KERAJAAN UNTUK MENGHENTIKAN ELAUN KRITIKAL PENJAWAT AWAM

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

26 Disember 2019

JINGGA13 MALAYSIA KECEWA DENGAN TINDAKAN KERAJAAN UNTUK MENGHENTIKAN ELAUN KRITIKAL PENJAWAT AWAM

Jingga13 Malaysia benar-benar kecewa dengan  tindakan yang diambil oleh keputusan kerajaan menamatkan pemberian bayaran insentif perkhidmatan kritikal kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan adalah merupakan tindakan yang sangat mengecewakan dan perlu dihentikan .

Tindakan sebegini akan menimbulkan rasa kemarahan dan kurang senang penjawat awam yang akan memberikan impak dan natijah negatif kepada kerajaan Pakatan Harapan .

Jingga13 Malaysia mendesak agar dihentikan perlaksanaan tersebut demi kebaikan rakyat dan negara .

Muafakat + Prihatin + Berani

FARIZ MUSA
ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia