Friday, 27 December 2019

Jingga13 Kota Tinggi sampaikan sumbangan kepada asnaf yang derita pelbagai penyakit

Hari ini, Jingga13 Kota Tinggi sekali lagi turun menyantuni asnaf yang menderita pelbagai penyakit dan tidak mampu hadir ke majlis penyerahan bantuan semalam...


Kordinator Jingga13 Kota Tinggi Sdr Kamaluddin Md Simpol dan Sdr Norjepri Jailani serta beberapa komrad Jingga13 telah hadir menzirahi mereka dan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur.



Semoga dengan sumbangan kecil ini dapatlah meringankan sedikit beban tanggungan kos kehidupan.