Sunday 22 December 2019

Jingga13 Johor rayu bantu Arwah Osman tinggalkan 2 anak yatim , OKU

Penyumbang Yang Budiman

Saudara kita yang meninggal dunia semalam iaitu Arwah Osman bin Hasbullah telah meninggalkan dua orang anak yang masih kecil dan bersekolah tahun 4 dan tahun 2. Anak arwah dua orang. Dan seorang darinya adalah OKU..(Puteri Anisa Farhana). Seorang lagi normal...


Sedangkan arwah telah berpisah dengan isterinya sejak beberapa tahun yang lalu.  Bekas isteri beliau bekerja di JB dan tinggal di Hostel. Arwah tidak punyai keluarga yang lain, jadi anak2 beliau terpaksa diserahkan kepada keluarga mertua di Felda Air Tawar 4, dijaga oleh atuk yang sudah tua dan mengalami sakit kaki. Sebelum ini, arwah hanya bekerja mengambil upah mengait kelapa sawit dan tiada simpanan kwsp ataupun insuran.


Beliau memang benar2 memohon bantuan kita semua. Penghujung hayatnya, beliau beberapa kali mengeluh dan risau tentang persekolahan anaknya. Baju dan pakaian sekolah belum beli, bayaran persekolahan lagi, sedangkan beliau memang tidak berduit... kesian sungguh. Saya hanya mampu mendengar saja...


Jingga13 Johor menyeru, Kepada sesiapa yang sudi menghulurkan sumbangan, bolehlah terus salurkan ke account anak beliau yang sulong:

Puteri Anisa Farhana bte Osman
Bank Simpanan Nasional
0111941000055273

Keperihatinan anda yang sudi menyumbang, diucapkan ribuan terima kasih. Moga Allah membalas kebaikkan anda dengan beribu kebaikkan disisi Allah.