Tuesday, 12 November 2019

Jingga13 Perlis ziarah prihatin 3 asnaf di DUN Sena , Perlis

Tanggal 11 November 2019 Jingga13 Perlis kali ini melawat 3 buah rumah di dalam DUN SENA yang terdiri dari golongan asnaf dan pesakit terlantar.
Turut bersama kita dalam ziarah kali ini ialah Encik Azuar dan Encik Danial dari sebuah konsultant latihan yang berkebetulan berada di Perlis turut berminat dengan kerja-kerja kebajikan .


Rumah Pertama yang kami kunjungi ialah rumah Pakcik Abd Halim bin Othman yang beralamat di Kampung Alor Lanchang Jejawi Dalam.


Pakcik Halim mengalami stroke sudah 10 tahun Dan kencing manis .Beliau tinggal bersama isteri dan anak perempuannya.

Isterinya juga mengalami
stroke dan tidak mampu mengurus pakcik Halim dan hanya mengharapkan anak perempuannya sahaja.

Untuk bantuan JKM dan Baitulmal mereka tidak pernah meminta sejak dari awal hingga sekarang.
Pihak Jingga13 akan cuba mendapatkan bantuan dri JKM dan Baitulmal untuk pakcik Othman.


Untuk rumah Kedua kami ziarahi ialah rumah makcik Udoh Binti Pin yang berumur 89 tahun dan beralamat Kampung Alor Lanchang Jejawi Dalam.


Makcik Udoh tinggal seorang diri tetapi ditemani oleh anaknya pada sebelah malam. Manakala untuk makan adik nya akan datang memberi makanan pada sebelah siang.

Makcik Udoh mendapat bantuan dari JKM sebanyak RM150.00 dan mempunyai bantuan E-Kasih.

Beliau tidak mempunyai sebarang penyakit.

Rumah ketiga yang kami ziarah ialah rumah pakcik Haji Abdullah bin Haji Adam yang berumur 91 tahun dan beralamat di Kampung Alor Lanchang Jejawi Dalam.
Pakcik Haji Abdullah mengalami sakit tua dan hanya terlantar di atas katil.

Jingga13 Perlis mendapat khabar bahawa pakcik Haji Abdullah sudah meninggal dunia pada waktu maghrib petang kelmarin.
Ia disedari oleh anaknya apabila hendak memberi makan.


Al-Fatihah
Semoga arwah pakcik Haji Abdullah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan Soleh.



Jingga13 Perlis menyerahkan sedikit sumbangan kepada wakil ketiga-tiga keluarga terbabit.

Kepada mana-mana pihak atau individu perseorangan yang ingin menyumbang kepada kami untuk kami salurkan kepada golongan yang memerlukan bolehlah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis Khairuddin Yusof di talian 014-6899091 dan Bendahari Jingga13 Perlis Yana di talian 017-4390805 untuk sebarang pertanyaan.

Terima Kasih kepada Penyumbang Semoga Dimurahkan Rezeki Selalu.

*Amalan yang paling dicintai Allah adalah engkau menyenangkan seorang muslim, atau engkau mengatasi kesulitannya, atau engkau menghilangkan laparnya, atau engkau membayarkan hutangnya*

#Muafakat
#Prihatin
#Berani