Thursday 14 November 2019

Jingga13 Melaka rayu bantu Adik Syalia derita sakit Leukimia

Jingga13 Melaka pada hari Khamis 7 November 2019 telah berkesempatan untuk bertemu dengan adik Nur Syalia Khalilah binti Syarafuddin dan keluarganya beralamat di No 200-4 Jalan Kg Gelam, Tanjung Kling 76400 Melaka.
Seumur 4 tahun di awal Januari 2019, adik Syalia telah disahkan menghidap kanser darah atau Acute Lymphoblastic Leukamia.


Sejak dari Januari 2019 juga, ibu dan bapanya akan berulang alik ke  Hospital Kuala Lumpur 3 kali sebulan (kos rm100 untuk sekali) bagi mendapatkan rawatan lanjut kemoterapi.

Malah adik ini dinasihatkan dan sehingga kini memerlukan susu dari jenama pediasure setiap bulan (3 kotak setiap bulan - sekotak rm108). Pemakanan beliau hanya bergantung kepada susu ini sebanyak 3 kali sehari disebabkan alahan dan deria rasa yang berubah atas faktor kesan dari kemoterapi. Jika ingin memberi makanan biasa, makanan yang dimasak setelah lebih 4 jam tidak disyorkan.

Walau bagaimanapun kini adik Syalia telah selesai dengan rawatan kemotherapi dan sekarang cuma menungggu temujanji blood count check di Hospital Besar Melaka pada 26 November 2019. Keputusanin itu nanti yang akan menentukan sama ada adik Syalia perlu mnerima rawatan selanjutnya di HKL ataupun tidak.

Adik Syalia kini sedang diusahakan oleh kedua ibubapanya untuk ditempatkan di tadika yang ada ciri tertentu seperti tidak terlalu ramai pelajar dan juga  hygienic untuk elak dari jangkitan kuman serta guru tadika yang boleh menguruskan/memantah jadual pemakanan ubat mengikut masa yang ditetapkan.

Ibunya memang tidak boleh bekerja kerana kena bagi rawatan rapi kat anaknya. Hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai pemandu lori.


Jika ada yang sudi menghulurkan sumbangan boleh terus menghubungi ibu beliau Siti Khadijah binti Nazri seperti informasi berikut :
No hp : 011-20484130
Alamat : No 200-4 Jalan Kg Gelam, Tanjung Kling 76400  Melaka
No akaun CIMB : 7610430065