Setelah kisah " Teman ibu teman ibu kais sampah" oleh Harian Metro dan ditularkan oleh Jingga 13 Malaysia serta ramai pihak , benar-benar menyentuh hati dan perasaan sesiapa yang membacanya .
Pn Farah Idayu sanggup menyelongkar tong sampah dengan ditemani anaknya berhampiran rumah untuk mencari barangan terbuang seperti kotak dan tin untuk menambah pendapatan keluarga mereka.
Anak kedua beliau , Nurfatihah menghidap masalah jantung Tetralogy of Fallot (TOF) atau penyakit jantung konginetal sianotik selain Major Aorfa Pulmonary Colateral Arteries (MAPCA) manakala adiknya Nuraisyah pula menghidap jantung berlubang (VSD), Duktus Arteriosus Terbuka (PDA) dan tidak boleh minum susu sebarangan, dia akan muntah dan cirit birit mengakibatkan nafasnya menjadi laju .
Mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada suaminya yang tiada pendapatan tetap sebagai pembantu pasar malam.
Atas dasar keprihatinan maka hari ini 16 Oktober 2019 Jingga13 Malaysia dan Negeri Sembilan telah menjalankan program "Ziarah Prihatin"' ke rumah Puan Farah Idayu di Senawan , Seremban.
Turut hadir ialah Bendahari Jingga13 Malaysia merangkap Koodinator Panatia Kebajikan dan Prihatin Sdr Amizudin Ahmat Koordinator Jinggawanis Sdri Liny Obliza , Koordinator Jinggawan Sdr Johainizam dan turut hadir ialah Koordinator Negeri Sembilan Sdr Mohd Khairuddin Hashim bersama Komrad Jingga13 Negeri Sembilan berkunjung ke runah Puan Farah Idayu bagi menyampaikan sedikit sumbangan barang makanan dan wang untuk membantu meringankan kehidupan mereka .
Kedua-dua anak Puan Farah menerima rawatan di Hospital Serdang menyebabkan Puan Farah dan suami perlu berulang dari Seremban ke Serdang.
Puan Farah juga perlu menyediakan bilik khas buat anak-anaknya seperti yang disyorkan oleh doktor. Puan Farah memerlukan bantuan bagi membeli penapis udara untuk diletakan di dalam bilik khas kerana anak-anaknya perlu dijaga rapi.
Orang ramai yang ingin
meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Ambank 8881031641971. Atau boleh hubungi Puan Farah Idayu di talian +6017-2381446.