Thursday 15 November 2018

ISU MENGENAI PERUMAHAN DAN PAMPASAN YANG TIDAK DI ENDAH OLEH PIHAK BERTANGGUNGJAWAB SELAMA 25 TAHUN

SABTU, 10 NOVEMBER 2018 

KENYATAAN MEDIA

ISU MENGENAI PERUMAHAN DAN PAMPASAN YANG TIDAK DI ENDAH OLEH PIHAK BERTANGGUNGJAWAB SELAMA 25 TAHUN 

PENDAHULUAN 
Penduduk Rumah Panjang Jinjang Utara, Kepong telah hidup merana kerana terpaksa tinggal dalam suasana yang sempit, merbahaya akibat peningkatan kadar jenayah dan juga kesihatan yang terjejas akibat suasana yang kotor di kawasan terbabit selama 25 tahun lalu. 
Penghuni tidak dapat sebarang pampasan mahupun menempatan sesuai yang telah dijanjikan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional yang lampau; iaitu memilik sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang mampu milik.

Penduduk terpaksa merempat di kawasan terbabit buat sekian lama kerana pihak-pihak berkuasa tidak memberi penjelasan dengan secara telus dan ini menyebabkan penduduk terpaksa berulang-alik berjumpa dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mendapat penjelasan. 

Akan tetapi, tiada sebarang penjelasan yang diberikan selama 25 tahun ini disebaliknya penduduk ditendang kehulur-kehilir oleh pihak DBKL atas alasan pihak mereka sedang menunggu arahan oleh pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia (ketika itu) ; yakni Menteri dan Timbalan Menteri. 
Penduduk telah pun berusaha untuk berjumpa bekas Menteri dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia seperti berikut; 

i. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Senator ketika tempoh itu) 
– Tempoh Perkhidmatan 9 April 2009 hingga 15 Mei 2013 

ii. Datuk Seri Saravanan Murugan 
– Tempoh Perkhidmatan 19 March 2008 hingga 15 May 2013 

iii. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor 
– Tempoh Perkhidmatan 16 May 2013 hingga 10 May 2018 

Dato Dr Loga Bala Mohan Jaganathan (Senator ketika tempoh itu) 
– Tempoh Perkhidmatan 16 May 2013 hingga 10 May 2018 

Namun tiada sebarang respon yang baik telah diberikan oleh pihak-pihak tersebut. Di samping itu, ketika penduduk berulang-alik ke DBKL, penduduk mendapati bahawa beberapa kawasan di persekitaran sedang pesat membangun; antaranya Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di mana ia berada hanya 500 meter dari kawasan ini dan kelihatan perumahan tersebut sudah pun siap dan dihuni. 

Selain itu, penduduk berasa syak wasangka apabila PPR Seri Aman telah diberikan kepada penduduk bukan asal dari kawasan ini. Sebaliknya penduduk mendapati majoriti penduduk adalah dari kawasan lain yang berunsurkan politik (kebanyakkannya merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu / United Malay Nasional Organisation – UMNO). 

Dan terdapat juga dikalangan penduduk di kawasan ini telah mendapat penempatan di luar kawasan yang sewajarnya. Jadi, apakah motif penduduk asal / tempatan di berikan rumah PPR di lokasi yang lain?

Tambahan itu, ada juga dikalangan penduduk di kawasan ini yang telah pun memiliki ‘Kad Kuning’ tetapi mereka masih tidak diberi rumah PPR lagi. 

Secara jujur, kami – Penduduk Rumah Panjang Jinjang Utara, Kepong berasa terkilan hati kerana dalam realitinya, lokasi tempat yang ternama dan penting di Kuala Lumpur tidak pun melepasi 10 kilometer (KM) dari sini, namum kehadiran penduduk di kawasan ini seolah-olah tidak ambil peduli dan juga tiada mana-mana pihak peka dan ikhlas untuk menolong kami. 

ANTARA LOKASI-LOKASI PENTING adalah seperti berikut :- 

1. Kediaman Bekas Perdana Menteri KE-7 Malaysia 
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak = 5 KM 
Parlimen Malaysia (Parliament of Malaysia) = 10 KM 
2. Mahkamah Tinggi Jalan Duta (Kuala Lumpur Court Complex Jalan Duta) = 5 KM 
3. DBKL = 7 KM 
4. IPD Sentul = 5 KM 
5. Balai Jinjang (Jinjang Lock-Up) = 2 KM 
6. Tenaga Nasional Berhad (TNB) =1 KM 
7. SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.) = 1 KM 
8. Kuala Lumpur City Centre (KLCC / Pusat Bandaraya Kuala Lumpur) = 8 KM 
9. PPAM = 500 Meter 

Dengan ini, kami – Penduduk Rumah Panjang Jinjang Utara, Kepong menuntut tuntutan berikut kerana kami layak menerimanya dan juga kami telah bersabar buat sekian lama untuk mendapat keadilan. 

TUNTUTAN KAMI:-

KAD KUNING
 Menuntut agar rumah PPR / Pampasan di beri kepada semua penduduk dengan
segera. 

Setiap pemilik kad kuning layak dapat pampasan di mana mereka telah menduduki kawasan tersebut lebih daripada masa yang dijanjikan untuk memiliki rumah sendiri.

Setiap pemilik kad kuning layak mendapat rumah.

Pemilik kad kuning terpaksa keluar daripada kawasan terbabit di atas faktor keselamatan dimana mereka sudah pun menetap lebih dari lima tahun menunggu janji pihak DBKL. Mereka ini harus dapat rumah mampu milik.

Selesaikan isu kad kuning selewat-lewat Disember 2018.

Ibu bapa yang sudah meninggal, waris harus dapat rumah.

Pemilik mendapat rumah tanpa perlu membuat apa-apa bayaran.

Semua penghuni yang sudah dapat kunci di Sri Aman harus di siasat dan perlu di ambil tindakan dimana ada pemilik unit bukan asal penduduk dari rumah panjang Jinjang Utara memiliki rumah itu.

KAD BIRU
Pemilik kad biru yang asal daripada rumah panjang jinjang utara layak terima rumah Sri Aman.

Berhenti roboh segera sehingga penduduk terima rumah di Sri Aman.

2. Menuntut agar satu kertas-kerja dibuka bagi menyiasat apa yang telah berlakuse semenjak 5 tahun lalu yang melibatkan agensi-agensi Kerajaan ini : 
A. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 
B. Polis DiRaja Malaysia 
C. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 
D. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia 

3. Siasatan terhadap penghuni-penghuni di sekitar kawasan ini khususnya; 
A. PPR- adakah benar kesemua penghuninya adalah orang asal /tempatan yang layak menerima 

B. PPAM – adakah benar kesemua penghuninya adalah Penjawat Kerajaan dan unit-unit tersebut tidak diberikan / disewa kepada orang luar mahupun pihak kroni.

Pihak kami juga berharapan besar agar pihak berkuasa ketika ini, yakni dengan Kerajaan baru Pakatan Harapan tidak mengulangi kesilapan yang sama dengan menolak atau cuba mencari alasan untuk tidak menangani masalah ini. Kami juga berharap kaki tangan kerajaan yang sudah pencen ataupun masih bertugas harus di tangkap dan di siasat serta di tuduh di mahkamah. Jangan sesekali tukar mereka ke jabatan lain untuk menutup kesalahan dan ketirisan urustadbir mereka seperti biasa sebelum ini. 

Kami akhiri dengan ribuan Terima Kasih, 




………………………………. 
Mikhael Iskhandaar 
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak 
Penduduk Rumah Panjang Jinjang Utara
0129155336