Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia
Jingga13 Malaysia
3 Oktober 2015
JINGGA 13 NAFI LAPORAN BLOG BAHAWA JINGGA13 BERPECAH DAN HANCUR

JINGGA13 Malaysia di bawah pimpinan Ketua Koordinator Sdr Fariz Musa terus kekal muafakat dan tidak berlaku sebarang apa-apa perpecahan sepertimana yang digembar-gemburkan oleh blog yang tidak beretika tersebut dan melucukan .
JINGGA13 Malaysia terus bergerak aktif dan konsisten dalam memperjuangkan isu rakyat , rasuah dan penyelewengan oleh Kerajaan UMNO/BN. Malah kami muafakat bersama NGO lain dalam memperjuangkan isu rawatan kesihatan DS Anwar Ibrahim dan beberapa aktiviti lain.
Seluruh kepimpinan dan ahli JINGGA13 di seluruh Malaysia tetap teguh bersama Ketua Koordinator Sdr Fariz Musa dan menolak segala usaha yang bertujuan memecahbelahkan JINGGA13 oleh pihak yang tidak bertanggungjawap.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
Khairul Zamir @ meirpeej
Setiausaha
JINGGA13 Malaysia