13 Oktober - Jingga13 Negeri Johor besama Parti Keadilan Rakyat Cabang Sembrong , Johor telah menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran Kg. Sri Lukut , Batu 29 , Jalan Mersing , Kahang , Johor .
Sdr Jaafar Malek mewakili Jingga 13 Johor bersama Sdr. Mohd Yusof Ahmad , Ketua Cabang PKR Sembrong telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan pakaian kepada mangsa kebakaran Sdr. Khimi Mohamad .dan ahli keluarga.
Sumbangan tersebut adalah hasil keprihatinan daripada Ahli Sekretariat Jingga 13 Johor dan PKR Sembrong .