AKIB
OLEH EILEEN NG
Published: 5 September 2015 11:53 AM
Turut dikenakan tindakan ialah aktivis Adam Adli Abd Halim dan Fariz Musa serta juga pembantu wakil rakyat Batu, Rozan Azen Mat
Kelima-lima didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) akta tersebut, yang berkaitan dengan hak untuk menganjur atau menyertai perhimpunan di mana seseorang itu disifatkan melakukan suatu kesalahan jika dia menganjurkan atau menyertai suatu protes jalanan.
Chang berkata, tuduhan itu berniat jahat dan terang-terangan melanggar hak asasi manusia.
"Mendakwa kami kerana menghadiri protes satu tindakan bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan, dan satu percubaan menutup mulut mereka yang berbeza pendapat.
"Saya tidak risau dan akan terus berjuang melawan rejim yang korup ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
PKR mengadakan siri perhimpunan #KitaLawan tahun ini bagi menyokong pemimpinnya yang dipenjara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga bagi menyeru peletakan jawatan Najib.
Pada 10 Februari, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu yang mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Anwar ketika ini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di penjara Sungai Buloh.
Perhimpunan #KitaLawan dihadiri kira-kira 10,000 orang pada 28 Mac, lebih daripada tiga perhimpunan sebelumnya yang hanya menarik beberapa ratus orang setiap kali. – 5 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/5-lagi-didakwa-selasa-kerana-sertai-kitalawan#sthash.wHUxrYLM.dpuf