Tuesday, 25 March 2014

SELESAI JE PRK KAJANG,TERUS JUMPA MH370 ?

MUTAKHIR

Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi - PM

2014/03/24 - 22:03:44 PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Najib berkata, kedudukan itu dikira pembekal data satelit, Inmarsat, dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom menggunakan analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seumpama itu. 

"Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, ke barat Perth. 

"Ini adalah lokasi yang terpencil, jauh daripada sebarang kawasan mendarat. Maka dengan rasa sedih dan berat hati, saya mesti memberitahu anda bahawa berdasarkan data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

---------------------------------

7 Mac 2014 , Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman bersalah dan penjara 5 tahun , tiba-tiba 8 Mac , Boeing 777 MH370 "hilang" dan "tenggelam" di Laut China Selatan.

Maka "hilang" dan "tenggelam" isu fitnah liwat 2 ?

Kerana PRK Kajang yang bertanding adalah PKR, maka dikaitkan Pilot MH370 adalah ahli PKR Cabang Subang.

Pilot hadir sewaktu perbicaraan rayuan kes fitnah liwat 2 dan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Lalu dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim .

MH370 belum jumpa lagi,dituduh Pilot bunuh diri dan rumah digeledah. Bagaimana tahu pilot bunuh diri? Sedangkan MH370 belum dijumpai.

Selesai je PRK Kajang 23 Mac , 24 Mac terus MH370 dijumpai. Maka "hilang" dan "tenggelam" cerita kekalahan BN dan kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Kenyataan Najib dalam Bernama,beliau berkata "membuat pengumuman berdasarkan analisis dari data yang di ambil dari AAIB dan Immarsat" , bermakna baru dapat hasil analisis dari data satelit tapi pesawat belum di temui lagi!

Lagi pun beliau hanya mendapat panggilan telefon dari PM Australia Tony Abbot tentang penemuan beberapa objek yg di percayai serpihan pesawat MH370. "Dipercayai"..... Tetapi telah membuat pengumuman hanya berdasarkan kepada panggilan telefon dan analisis data satelit ?

Pelik, Najib YAKIN bahawa itu adalah MH370 sedangkan Hisamuddin cakap operasi mencari diteruskan di Lautan Hindi yang mempunyai kedalaman yang luar biasa dan ternyata MH370 belum dijumpai.  Bagaimana Najib begitu yakin?

Mungkin Bomoh 1Malaysia mampu mengupas isu ini. Hebat APCO ye.