SEBERANG JAYA - Sukarelawan TURUN 2.0 atau Turunkan Kos Sara Hidup Rakyat sejak pagi tadi menggempur beberapa kawasan tumpuan awam, termasuk Foodcourt Seberang Jaya sebagai persiapan perhimpunan aman yang bermula jam 2.00 petang esok.
Koordinatornya, Khairul Ishak berkata, mereka turut akan mengedar risalah di persiaran pasar raya Queensbay dekat Bayan Baru jam 4.00 petang ini, diikuti, jam 9.00 malam serentak di Uptown Perda Bukit Mertajam, R&R Bagan Ajam dan Padang Kota Lama, George Town.
"15,000 risalah sudah habis diedar di masjid -masjid sebelum Jumaat. Kita akan gempur akhir (edar risalah) di beberapa kawasan tumpuan sejak pagi ini hingga tengah malam nanti," ujar Khairul yang juga Pengerusi NGO Bantah Anugerah keRakyatan Asing (BARA) dalam satu sidang media, selepas meninjau kawasan utama perhimpunan di Sunway Business Park Seberang Jaya.
Lokasi perhimpunan itu adalah berdepan dengan Klinik Pakar Dr. Anwar dan Pejabat Perhubungan PKR Pulau Pinang.
Pengerusi Lang-Gar!, Zulkefli Saad, Amizudin Ahmat (Koordinator Jingga 13 Pulau Pinang), Zolkifly Md. Lazim (Pengerusi Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Bukit Mertajam, HAPUS, merangkap AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang), Amir Md. Ghazali (Pengerusi Skuad Keadilan Malaysia, SKUAD), Jab Samat (Ketua Cabang PKR), Norhayati Jaafar (Ketua Wanita Keadilan Malaysia) dan Nizam 'Ahli Fikir (Koordinator SAMM Pulau Pinang) turut hadir pada sidang media itu.
Jab Samat berkata, beliau berharap, perhimpunan esok dapat berlangsung secara aman seperti dirancang.
"Kita yakin, TURUN 2.0 aman seperti yang dirancang kerana Ketua Polis Negeri (Dato' Abd. Rahim Hanafiah) sendiri akan turun esok," jelasnya.
Amizudin pula berkata perhimpunan itu adalah pergerakan beberapa NGO, justeru tiada masalah untuk disertai oleh mana-mana pihak yang bersetuju untuk membantah kenaikan kos sara hidup rakyat.
"Rakyat tidak perlu takut pada bayang-bayang sendiri apabila Umno mengatakan bahawa 13 Mei akan meletus lagi disebabkan Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk) sumbat kangkung dalam replika muka Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).
"Usah menongkah arus kemarahan rakyat berhubung kenaikan harga barang," nasihat Amizudin kepada pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Zolkifly pula menasihatkan Putrajaya supaya segera menangguhkan projek menghuru-hara negara, melalui penyokong Umno dan Perkasa menjalankan isu perkauman serta agama di negeri ini dan Malaysia.
"Selain bantah GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), TURUN 2.0 esok membawa satu mesej, bahawa seluruh rakyat Malaysia minta Putrajaya kekal keamanan dan hentikan 'projek huru-harta negara'.
Berikut adalah kenyataan berhubung proses perjalanan TURUN 2.0, esok:
SIDANG MEDIA TURUN 2.0
Sabtu, 25 Januari 2013, 10 pagi
Astaka Pasar Awam Seberang Jaya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Himpunan Aman TURUN 2.0 atau Turunkan Kos Sara Hidup Rakyat diteruskan seperti yang diumumkan sebelum ini, iaitu pada Ahad, 26 Januari 2014 bermula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Rafizi Ramli ( 0173285000), Fariz Musa (0199900288) dan Din 'Blogger Sharp Shooter' (016469 5343) bersama-sama Jingga 13 serta Wanita Keadilan akan berkumpul dari Bandar Sunway.
Chegubard (017668 8404) dan Nizam (0175704272) bersama-sama grup Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan berkumpul dari Stesen Minyak Caltex-Petronas bersebelahan Lebuhraya Sungai Nyiur.
Haji Mohamad Sabu ( 0169311381), Datuk Dr.Mujahid Yusof Rawa (016440 3164) dan Major Ariffin (019433 7119) akan memimpin perhimpunan dari Masjid Taman Semilang.
Pak Jab, Mohd Ikhwan Nasser Mohamad Isa ( 0123191985) Zulkefli Saad (0134362848) bersama-sama NGO Lar-Gar! akan memimpin perhimpunan dari Business Park.
Dari semua lokasi ini, perarakan aman menuju ke Business Park.
Kita akan sehampir mungkin ke kawasan itu secara aman kerana, difahamkan, akan berlaku sekatan trafik yang luar biasa di Business Park.
Perhimpunan aman ini dijangka akan menerima penyertaan dari luar Pulau Pinang, khususnya dari negeri Utara Semenanjung Malaysia.
Justeru, diharap semua pihak datang lebih awal dengan parkir di Tapak Pesta Seberang Jaya untuk mengelak kesesakan trafik.
Perhimpunan Utama di Business Park akan dipengerusikan oleh Pengerusi NGO Bantah pengAnugerahan warganegara Rakyat Asing (BARA) Khairul Ishak (0125487236), Pengerusi Skuad Keadilan Malaysia (SKM) Amir Ghazali (0135848386) dan Pengerusi Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (HAPUS) Zolkifly Md. Lazim (0124810074).
Semua peserta bolehlah memakai baju berwarna HITAM sebagai solidariti kita semua membantah kenaikan kos sara hidup rakyat serta pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) oleh Kerajaan Umno Barisan Nasional Pusat.
Semua digalakkan membawa plakad yang membawa mesej bantahan ini dengan penuh sopan kerana kita akan berarak secara aman serta penuh disiplin.
Individu yang melakukan provokasi atau tidak mengikut etika perhimpunan aman ini adalah bukan daripada kalangan kita, serta atas tujuan penganjuran aksi murni ini.
Pihak keselamatan, iaitu Skuad Keadilan Malaysia tidak teragak-agak untuk menarik mereka yang terbabit keluar daripada kawasan kelompok perhimpunan TURUN 2.0 ini.
Sila telefon semua penama di atas sekiranya berlaku tangkapan polis dll untuk mendapatkan khidmat guaman daripada Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Sekali lagi, ditegaskan bahawa TURUN 2.0 adalah perhimpunan aman. Kita akan membawa mesej keamanan untuk masa depan yang lebih bermaruah untuk rakyat Malaysia.
Semua rakyat Malaysia dijemput turun esok! Mohon sebarkan informasi ini sekarang!
Justeru, Kita berharap pihak polis dapat mengawal keselamatan di kawasan TURUN 2.0.
Kita turut berharap PUTRAJAYA MENGHENTIKAN SEMUA PROJEK MENGHURU-HARA NEGARA jika ada perancangan seperti aksi memukul pegawai kerajaan yang membabitkan penyokong daripada grup Umno dan Perkasa terbabit baru-baru ini.
Turun! Turun! Turun!