Tuesday 10 December 2013

Misi Prihatin Jingga 13 Malaysia di Chukai,Kemaman bantu mangsa banjir

Kenyataan Media

Jingga 13 Malaysia

9 Disember 2013

Misi Prihatin Jingga 13 Malaysia di Chukai,Kemaman bantu mangsa banjir

Jingga 13 Malaysia telah menghantar pasukan Prihatin Jingga 13 atas nama Misi Prihatin bermula 7 Disember 2013 ke Parlimen Pekan bagi membantu mangsa banjir di sana terutama yang dinafikan oleh Jentera UMNOBN ekoran fahaman politik sempit dan pilih kasih.

Pasukan Prihatin Jingga 13 telah turut menghulur bantuan barangan makanan seperti beras,sardin serta pampers bayi untuk diagihkan ke beberapa kampung tanpa mengira sesiapa dan fahaman politik selama 3 hari di sekitar Parlimen Pekan.

Kini Jingga 13 Malaysia atas nama keprihatinan dan kemanusiaan turut menghantar dua pasukan Prihatin Jingga 13 ke Chukai,Kemaman diketuai Sdr. DK Vicky,Setiusaha Jingga13 Malaysia telah bertolak pada jam 3 pagi tadi dengan turut membawa alat-alat membersih rumah,pakaian terpakai dan barang makanan hasil daripada sumbangan orang ramai.

Pasukan Prihatin Jingga 13 telah bertindak secara efektif bersama-sama mangsa banjir membersihkan rumah-rumah mereka yang ternyata begitu menyedihkan ekoran ditenggelami oleh air banjir mengakibatkan rumah dipenuhi lumpur dan barang-barang rumah yang rosak.

Esok 10 Disember 2013 , satu Pasukan Prihatin Jingga 13 yang diketuai oleh saya sendiri akan menghantar alatan membersih rumah,buku-buku sekolah,susu dan pampers bayi ke Chukai,Kemaman untuk diagihkan kepada mangsa banjir di sana hasil daripada sumbangan orang ramai yang prihatin melalui akaun segera atas nama Bendahari Jingga 13 Malaysia.

Jingga 13 Malaysia menyeru warga prihatin Malaysia untuk turut membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur yang benar-benar memerlukan bantuan terutama keperluan barang makanan,alatan membasuh dan membersihkan rumah,keperluan bayi dan kanak-kanak serta keperluan persekolahan , pakaian dan sebagainya bagi meringankan bebanan mereka.

Jingga 13 Malaysia juga turut merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada warga prihatin yang telah menyalurkan bantuan kewangan di akaun segera MBB 162272638343 Rohaida Mansor (Bendahari Jingga13 Malaysia) dan sekiranya masih ada warga prihatin Malaysia yang masih sudi menyalurkan bantuan bolehlah berbuat demikian untuk menyalurkan bantuan kewangan ke akaun tersebut untuk dibelikan keperluan mereka yang memerlukan terutama selepas surutnya banjir.

Jingga 13 Malaysia juga turut merakamkan penghargaan kepada seluruh Ahli Jingga 13 Malaysia , Jingga 13 Terengganu , Jingga13 Pahang dan Jingga13 Johor yang telah secara sukarela membantu mangsa-mangsa banjir.

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 MALAYSIA