Timbalan Koodinatornya, Amizudin Ahmad berkata selain Jingga 13, dakwaan itu turut dilemparkan terhadap beberapa NGO lain termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), sambil menyifatkannya sebagai berniat jahat serta berunsur fitnah.
"Jingga 13 mendesak pihak polis mengemukakan bukti bahawa kami terlibat dengan segala pertuduhan tersebut dan bukannya daripada risikan, berniat jahat dan berunsur fitnah yang melampau serta tidak masuk akal.
"Jingga 13 tidak pernah sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan kepada mana-mana pihak merancang mengadakan kekacauan dengan penggunaan senjata dan bom tangan bagi tujuan menimbulkan kekecohan dan menggulingkan kerajaan," katanya selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, di sini, hari ini. ~SH