Monday 2 December 2013

Baikot ASTRO:ASTRO wajar naikkan mutu perkhidmatan bukannya naikkan bayaran

Kenyataan Media
Jingga 13 Malaysia


2 Disember 2013


Baikot ASTRO:ASTRO wajar naikkan mutu perkhidmatan bukannya naikkan bayaran


Ekoran kenaikan kadar perkhidmatan ASTRO yang telah berkuatkuasa 24 November 2013 bagi Pakej Famili RM2 dan Pakej Sukan RM6 adalah merupakan satu tindakan yang melampau yang bertujuan memberikan tekanan dan bebanan kepada para pengguna.

ASTRO sewajarnya meningkatkan mutu perkhidmatan mereka yang sering menayangkan filem,segmen atau cerita  yang sama berulang-ulang dan kurang bermutu , malah apabila cuaca hujan , para pengguna gagal mendapatkan siaran serta para pengguna juga turut  berdepan dengan iklan yang banyak.

ASTRO bukan sahaja gagal dalam memberikan perkhidmatan yang bermutu malah mengambil kesempatan dari situasi dan musim tertentu seperti pertandingan Piala Dunia FIFA 2014 dengan mengenakan Pakej Sukan yang sangat melampau iaitu RM6 setiap bulan yang ternyata memberikan bebanan kepada peminat bolasepak.


Adakah ASTRO menjanjikan siaran yang sangat cemerlang tanpa ada sebarang gangguan walaupun cuaca hujan ? Kalau berdasarkan situasi yang ada,sudah pasti para peminat bolasepak akan gagal mendapatkan siaran langsung perlawanan bolasepak pasukan yang diminati apabila hujan.


ASTRO wajar menghentikan tindakan menaikkan kadar perkhidmatan tersebut dengan segera dan sebaik mungkin memperbaiki mutu perkhidmatan mereka.

Rakyat sudah berdepan dengan kenaikan harga petrol,gula,barang-barang makanan dan keperluan malah bakal menerima tekanan lagi apabila tarif elektrik dan tol dijangka akan naik pada awal tahun 2014 sedangkan pendapatan mereka tidak naik.

JINGGA 13 menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia terutama para pengguna MEMBOIKOT ASTRO dan menghentikan pembayaran sehingga kenaikan astro dihentikan dan memperbaiki mutu perkhidmatan mereka.

JINGGA 13 juga mendesak campurtangan Menteri Penerangan , Komunikasi dan Multimedia dalam isu kenaikan ASTRO ini agar rakyat tidak dibebani oleh kenaikan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Muafakat*Prihatin*Berani

AMIZUDDIN AHMAT
Timbalan Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia