Wednesday, February 08, 2012
Isu Kondo NFC di Marina Bay Suites: Jingga 13 Desak SPRM
Jingga 13 meneruskan langkah untuk membongkar dan mendesak pendakwaan terhadap pesalah laku dalam skandal penyelewengan NFC. Terbaru, seperti yang didedahkan oleh Sdr Rafizi Ramli Pengarah Strategik bahawa terdapat satu lagi keraguan pemilikkan aset oleh anak beranak Datuk Seri Shahrizat Jalil iaitu Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Aset ini adalah dua unit kondominium di Marina Bay Business Centre yang berharga RM 34.6 juta.
Laporan akan dibuat di Bangunan SPRM Selangor, Shah Alam 9 Februari 2012 jam 11.00 pagi. Laporan ini akan diketuai Sdr Fariz Musa, Ketua Koordinator Jingga 13.