Kenyataan Media
Jingga 13 Malaysia
Tarikh : 20 Februari 2012
HUBUNGAN DAGANG DENGAN ISRAEL : BUKTI KERAJAAN UMNO/BN
IKTIRAF ISRAEL DAN ANTARA PENYUMBANG ‘PELURU DAN SENJATA’ UNTUK RAKYAT PALESTIN
Tanggal 16 Februari 2012 , dua buah kapal milik
ZIM INTEGRATED SHIPPING SERVICES LTD
telah berlabuh di Westports , Pelabuhan Klang . Kehadiran ZIM USA yang sebelum
ini didaftarkan di Haifa,Israel ( 25.10.2010 ) dan kini didaftarkan di Republic
Of Liberia ( 9.2.2012 ) dan ZIM ATLANTIC
yang turut didaftarkan di Republic Of Liberia adalah dua kapal milik Israel melalui Israel Corporation
dengan pegangan saham sebanyak 98%, iaitu salah satu syarikat besar yang dimiliki oleh Israel.
Manakala Kumpulan Ofer Brothers memegang
(57%) saham dalam Israel Corporation manakala saham selebihnya dipegang oleh
Bank Leumi L’Israel (20%) dan pegangan
awam.
ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang tiba di Westport, Pelabuhan
Klang pada 16 Februari 2012 telah disahkan berdasarkan www.eterminal.net.my/eTerminalPlus sebuah laman menyemak jadual ketibaan
kapal-kapal dagang. Malah pihak Kastam
Diraja Malaysia Cawangan Pelabuhan Klang Barat melalui K1 CHIT CUSTOMS STATION
<B18> No. Resit B18102009813 diterima pada 15 Februari 2012 juga
mengesahkan kehadiran Z8937 ZIM ATLANTIC di Voyage No. YAC5 .
Atas informasi
tersebutlah JINGGA 13 telah membuat penyiasatan bagi mengesahkan kewujudan
hubungan dagang antara Kerajaan UMNO/BN Malaysia dengan Kerajaan Israel dengan kehadiran kedua-dua buah kapal
tersebut .
JINGGA 13 telah melihat sendiri akan kewujudan kapal kargo
milik ZIM INTEGRATED SHIPPING SERVICES LTD serta turut mengambil gambar dan
rakaman video pada 16 Februari 2012 di Westports, Pelabuhan Klang sekitar jam 3:45
- 6:00 petang.
JINGGA 13 turut
memperolehi beberapa dokumen secara sulit oleh individu yang tidak diketahui
mengirim salinan Sijil SHIP CLEARENCE yang dikeluarkan oleh ASHDOD PORT COMPANY LTD “THE ECONOMIC
GATEWAY OF ISREAL” mengesahkan bahawa kapal ZIM ATLANTIC telah berlayar
secara terus dari Ashdod Port , Haifa , Israel ke Pelabuhan Klang, Malaysia .
Sebuah lagi salinan pendaftaran kapal ZIM ATLANTIC oleh
Republic Of Liberia , Sijil No. 7HO-2266LBRDOC yang mengesahkan nama dan alamat
syarikat perkapalan tersebut ialah ZIM INTEGRATED SHIPPING SERVICES LTD, dan 9
Andrei Sakharov , Haifa 31016 , Israel.
Berdasarkan dokumen
dan rakaman video serta gambar menunjukkan BUKTI nyata bahawa Kerajaan UMNO/BN
Malaysia telah sekian lama menjalinkan hubungan erat perdagangan eksport dan
import dengan negera Israel, ini
membuktikan bahawa kerajaan UMNO/BN
MENGIKTIRAF negara Israel walaupun tanpa wujud hubungan diplomatik antara
Malaysia – Israel .
Tindakan mewujudkan
hubungan erat dengan Israel adalah langkah melampau dan zalim apabila Malaysia
juga turut sama sebagai penyumbang ekonomi negara Isreal dan juga sebagai
penyumbang ‘peluru’ dan ‘senjata’ bagi
merobek umat Palestin yang dizalimi dan dibunuh tanpa perikemanusiaan.
JINGGA 13 kesal
terhadap kenyataan Menteri Pengangkutan yang turut mengiktiraf hubungan dagang
antara Malaysia dan Israel tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab . Adakah
wujud dasar atau polisi yang membenarkan hubungan dagangan dan perniagaan
antara Malaysia – Isreal ?
JINGGA 13 MENDESAK agar Menteri Pengangkutan ,
Menteri Dalam Negeri , Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Menteri
Pertahanan dan Menteri Luar Negeri menjelaskan kepada rakyat terhadap kehadiran
kapal-kapal Isreal yang melibatkan hubungan erat Malaysia – Isreal dalam
hubungan perdagangan sedangkan dasar negara ialah tidak wujud hubungan
diplomatik dengan negara Isreal lebih-lebih lagi ZIM INTEGRATED SHIPPING
SERVICES LTD adalah merupakan sebuah syarikat GLC milik Isreal Corporation di
mana 50% adalah milik Kerajaan Isreal .
JINGGA 13 MENCABAR Perdana Menteri Datuk Seri Mohd
Najib Tun Abdul Razak merangkap Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional
menjawab isu tersebut termasuk terhadap polisi Kerajaan Malaysia yang telah
mewujud dan mengiktiraf perdagangan dengan kerajaan Israel termasuk Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin berkaitan isu tersebut .
JINGGA 13
meminta agar seluruh rakyat Malaysia bangkit untuk menentang dasar hubungan
perdagangan antara Malaysia – Israel dan menolak tindakan hubungan erat perdagangan
kerajaan UMNO/BN dengan Israel yang sudah sekian lama yang turut menyumbang
‘peluru dan senjata’ kepada umat Palestin walaupun secara luaran mereka tidak mengiktiraf
kerajaan haram Israel .
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13